Wednesday, 1 September 2021

Latihan Industri di Hospital Kuala Kangsar

 



latihan industri di hospital kuala kangsar

Finally I made it ! LOL

Setelah sekian lama menyepi akhirnya saya sekali dengan 'entry' baru ! Sejujurnya saya memang nak menulis tapi macam biasa, kemalasan mengatasi segalanya. 

Kalini saya nak berkongsi macam mana saya mohon latihan industri / praktikal / internship or what ever you called. 

Disebabkan saya dari bidang Pentadbiran Kesihatan ( Health Administration ) , jadi saya pilih hospital la sebagai tempat intern atau latihan industri. Sebenarnya banyak lagi pilihan lain macam Jabatan Kesihatan Negeri atau Daerah, Jabatan Penerangan, Klinik Kesihatan but yeahh..disebabkan Covid-19, saya pilih tempat paling dekat dengan rumah iaitu Hospital Kuala Kangsar (dekat tak dekat 30 minit juga drive).

Setiap fakulti lain-lain ye cara dan tempoh start mohon tapi under fakulti saya, kitaorang start mohon penempatan latihan industri 3 bulan awal. Lagi awal lagi bagus la tapi jangan la awal sangat. Macam saya, sebulan sebelum final exam saya start call & hantar permohonan internship.Hantar resume & cover letter. Pastikan formal ye. Jangan hantar 'hi saya nak apply tempat intern' NO!

So sepanjang tempoh permohonan tu memang banyak juga la hadap 'rejection' :') antaranya sebab Covid so diorang taknak ambil student. ok sis ok. 

Waktu bulan Januari, saya call Hospital Kuala Kangsar, minta sambung ke talian Pengurusan Sumber Manusia dan tanya if diorang terima pelajar intern or not untuk bidang saya ni. Nasib diorang kata diorang ok je tapi kena apply melalui JKN ahahahha so saya terus call JKN. Yelah, kawan-kawan ada yang sudah dapat tempat waktu tu. Masa call JKN, minta sambung ke Pengurusan Sumber Manusia juga cakap nak apply internship di HKK dan cerita terus HKK yang suruh call. Sembang punya sembang, diorang approve tapi kena tunggu surat yang di sain Pengarah HKK dan Ketua Unit tempat nak intern tu. Dalam 1 minggu  tu saya Call JKN untuk feedback, diorang kata masih menunggu surat tu. 

Nak dijadikan cerita, University Malaya Specialist Centre (UMSC) call tanya masih berminat ke nak intern di sana sebab saya ada hantar email ke diorang juga. Tapi disebabkan dah apply di HKK, saya tolak je la yang UM. Lagipun fikir kos juga. Memang dapat elaun tapi sewa rumah, transport dengan makan lagi. Mana nak cekau.

Dalam 2 minggu macam tu, JKN call kata surat diorang dah terima and diorang akan poskan ke alamat rumah. Tapi disebabkan aku tak penyabar dan tinggal lagi seminggu je tarikh tutup permohonan latihan industri dari UiTM, saya suruh dia email je. 

so 1 Mac 2021 bermula la pengalaman latihan industri di hospital kuala kangsar sampai la 13 August 2021. banyak pengalaman juga dapat. ada baik ada buruk tapi kita jadikan  sebagai pengalaman. not bad not bad. staff pun ramah dan baik. 

Okay itu saja dulu. warm up dah lama tak menulis. see you in next post. 

Monday, 20 July 2020

Beza Pure Butter dan spread butter

Image may contain: dessert and food

Apa Beza Spread Butter dengan Pure Butter ?

Butter ni memang boleh diira sebagai bahan wajib la untuk buat biskut dan kek. Selalu kita baca bila orang promote cookies or cake mesti cakap diorang guna butter jenis apa.
Ok! Sekarang jom kita kenal serba sedikit apa beza nya pure butter dengan spread butter.
1. Kandungan lemak
Pure Butter- Mengandungi kandungan lemak yang tinggi (80%) dan mengandungi kurang dari 20% air. Selebihnya garam. Pure butter ni good fat, jadi jangan risau. Cuma jangan berlebihan.
Spread Butter- merupakan kombinasi butter dan minyak (untuk jadi spread). Kandungan lemak pula dalam 60% . Spread butter ni dalam bahasa Melayu ialah lepa susu.
2. Sumber Lemak
Pure Butter – dari lemak tenusu
Spread Butter – dari lemak sayur (sesuai untuk vegiterian)
3. Contoh jenama di pasaran ( banyak tapi i list yang i ingat je )
Pure Butter – Tatura, SCS, Anchor, Lurpak, Emborg, Kerrygold dan Western Star
Spread Butter (Lepa Susu) – Buttercup, SCS spreadable , Naturel , Mother’s choise, Anchor spreadable, Lurpak spreadable, Twin Cow spread butter, Garlic Spread butter.
Actually untuk tahu mana satu pure butter atau spread butter, kita boleh tahu di bungkusan dia. Dia akan tulis pure atau spread.
4. Harga
Harga pure butter lebih mahal sedikit dari spread butter.
5. Rasa dan aroma
Aroma pure butter lagi wangi dari spread butter.
Okay rasanya takat ni je dulu i share. Nanti ada peluang lain i akan share info lain pulak. Oh ye ! Bezkot guna pure butter tau 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...