Assalamualaikum and
hai :D
Before this aku
memang tak pernah langsung ada experience tertinggal bas or train so memang aku
tak berapa tahu sangat perasaan dia.
Hampir-hampir
tertinggal pun masa nak naik ETS but luckily elok aku masuk je ETS, dia terus
gerak.
So yang pasal tertinggal
bas ni baru je jadi last month. That day aku kena ke UiTM Seri Iskandar untuk
ambil jubah konvo. Ticket bus pukul 11 hari Sabtu dari TBS. Mula-mula aku plan Jumaat tu nak stay rumah makcik dekat
Cheras so nanti dekat je la nak pergi an.
Tapi budak bilik
ajak gerak sekali sabtu tu sebab dia dengan kawan dia pun nak ke TBS pagi tu.
So aku pun setuju la sebab diorang kata dah tempah grab student dari Puncak
Alam ke MRT Sungai Buloh.
That Sabtu, entah
macam mana that student yang kitaorang book tu terlupa pasal booking tu dia
pergi hantar student lain . Kitaorang masa tu gelabah la cari Grab dengan MyCar
tapi satu pun tak accept request kitaorang. Jam dah pukul 8.30 that time. Then
baru teringat ke anak sedara aku yang stay Sungai Buloh ( same age with me) .
Aku call dia mintak tolong hantar sebab terdesak sangat dah that time. Dia pun
datang dalam pukul 9 , masa dah nak masuk pekan Sungai Buloh, his boss call
kata ada orang datang nak hantar barang ke tempat diorang so dia kena ada time
orang letak barang. So dia patah balik which is take time 30 min untuk patah
balik. Lepas settle urusan dia, dia terus pecut sampai ke MRT. Tapi lepas
calculate masa utk MRT tu pergi ke KL Sentral, dia pun volunteer nak hantar terus ke KL Sentral. That time rasa terharu
gila ada anak sedara macam dia. HAHAHAHAHAH.
Sampai je KL
Sentral, aku dengan member terus berlari ke KLIA Express. Lagi 40 minit before
11 am. Aku tengok dekat board train nak gerak lagi 1 minit. Aku laju-laju beli ticket then terus
lari masuk tanpa tengok platform mana dah yang
1 min tu. Elok masuk.. baru perasan.. aku tersilap platform J
Platform yang aku
turun tu lagi 40 minit nak sampai. Masa tu rasa nak nangis nak gelak semua ada.
Lagi 5 minit nak
sampai TBS tiba-tiba classmate whatsapp tanya ada di TBS ke? Aku tanya lah eh
how you know????
Dia reply kata sebab
dengar nama aku berulang kali kena panggil utk panggilan terakhir ke Seri
Iskandar >_<
Mampu sengih je la. Last-last beli ticket baru utk balik ke Perak.