Friday, 21 August 2015

Penat tapi berbaloi

Hai Assalamualaikum u guys ! 

Awkward gila rasa bila dah lama tak emnulis ni kan . Haaa.. sealama ni dok menaip ke 
assignment , lab report je . Seriously guys ! Semester 3 ni memang pack la rasa . Every week , every day mesti ada kerja yang kitaorang buat (tapi time tulis ni , kita free , kikiki ) . Can you imagine how , kitaorang pernah tidur 4 . jam sehari selama 2 minggu berturut turut. Ya Allah , seriously kitaorang cuma mampu cakap Alhamdulillah dan gelak je bila dapat peluang rehat 1 hari tanpa perlu pikir pasal kerja , study , assignment bagai . and pernah1 hari tu , class direct pagi pukul 8 sampai pukul 2 . Rehat makan , solat zohor , then pukul 3 sampai pukul 7 . pukul 8 dah bersiap kena ke class sampai pukul 10 . honestly time tu rasa nak menjerit gila-gila sebab letih sangat . petang 5-7 tu latihan taekwondo T.T .
Alhamdulillah la lab fizik dah habis so kitaorang merasa la rehat dari pukul 12 hingga 3 . 
But , semua penat ni worth la . Yela , bila lagi kan kita nak merasa macam ni melainkan masa zaman belajar je . time kerja nanti takde dah merasa semua benda ni , nak merasa "Eh harini bos takde , so office tak bukak" memang tak la kan . So conclusionnya , enjoy la puas2 zaman belajar ni . Tapi jangan enjoy sangat sampai result ke laut . gotto go . 

Saturday, 27 June 2015

Minuman Infus untuk kesihatan di bulan Ramadhan


Minuman infus atau turut dikenali sebagai minuman detoks ni bukan saje bagus untuk kesihatan , tapi mudah untuk disediakan . Tak payah guna pengisar segala bagai la apatah lagi nak campur gula apa semua tu . Minuman ni Cuma gabungan buah-buahan dan air kosong . Macam mana nak buat ? Caranya , pilihla buaha-buhahan favourite korang , then potong ikut kesesuaian (keping ke , or dadu ) , lepastu masukkan ke dalam bekas dan letak air . Simpan semalaman dan boleh diminum . Kalau nak fresh fresh letak dalam peti sejuk >_< . Selamat mencuba .

*      OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.

*      2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

*      3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.

*      4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

*      5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan
.
*      6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU

Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.

*      7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.

*      8. TIMUN+ LIMAU + LEMON

Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...