Setiap hari mesti ada saje masalah-masalah
sosial yang melibatkan remaja ni. Tengok saje la di akhbar-akhbar mesti
berlambak berita pasal rempit , buang anak , salah guna dadah dan macam-macam
lagi la sampai tak tahu dah apa nak jadi dengan diorang ni . Dan apa yang
paling mengecewakan majoritinya orang MELAYU . Apa nak jadi dengan generasi
sekarang ? Saya bukannya nak kata semua remaja teruk,tak , tapi sesetengah .
Alhamdulillah , Masih ada lagi remaja yang berjaya kawal diri dari terlibat
dengan benda-benda tak berapa nak sihat ni.Masalah sosial ni bukannya tertumpu
di bandar je , kawasan luar bandar pun turut terlibat .
Bila sebut tentang dadah . Saya pelik ,
tiada ke pihak berwajib nak tangkap orang –orang yang juak dadah ni sebab
diorang ni berani sangat dah jual sampai jual di kawasan terbuka . Bila kita
nak buat report , ada la pihak-pihak yang tak berapa nak kisah hal semasa ni
cakap “biarlah ke diorang, jangan nak masuk campur”. Haishhh ! Menggalakkan
lagi ke diorang jual dadah ? No wonder la kalau budak budak area ni memang
ramai yang terlibat dengan dadah / ganja ni . Tu belum kira air ketum lagi .
Air ketum ni sebenarnya orang dulu-dulu guna untuk tenaga buat kerja kat kebun
tuh , masak air ketum tu pun kena ada
sukatan yang betul bukan boleh main bantai je . Tapi tahu-tahulah , generasi Y
n Z ni kan terlebih pandai , diorang campurkan air ketum ni dengan ubat nyamuk
la ,cola lah dan macam macam lagi lah . Bila dah pekena benda tu mula la khayal
. Bayangkan air coca cola kat kedai tu habis ke diorang je . Masuk je kedai
beli cola , masuk je kedai beli cola. Aku pun minum cola campur garam je (untuk
hilangkan gas cola tu)
Lepak-lepak
kat tepi jalan tak kira waktu tu dah memang aktiviti diorang . Orang ke
masjis diorang kat tepi longkang . Apa salahnya sekali sekala langkah masuk
masjid . Bersinar la jugak masjis dengan aura anak muda . Ini tak , korang
biarkan warga-warga masjid yang dah tahap veteran je ,kalau diorang dah takde
nak ganti siapa ? Nasib baik budak-budak kecik yang bersekolah rendah ni rajin
ke masjid . Ada jugak harapan imam muda
.
Merempit . Ada sorang budak kat area aku ni
, dah 2 kali accident tapi tak reti nak
taubat lagi . Haishh ! Mneyampah tengok . Accident pertama , dia nyawa-nyawa
ikan je dah , tulang kaki tangan patah . Ingatkan bila dah eloktu serik la nak
merempit lagi . Eh takkk , dia rempit lagi , tangan dia yang patah dulu tu
tersagat kat atas jalan , muka(dagu ) tersagat . Hospital lagi . Elok dah ,
tup-tup , accident lagi . Aku tengok dia macam rangka nak runtuh dah .
Remajaku , dimana baiknya kamu terlibat
dengan penyalah gunaan dadah ni ? Merosakkan diri sendiri dengan benda
terlarang ni . Tak kesian ke tengok mak bapak susah payah cari duit untuk
besarkan kita semua , tapi kita senang-senang je hancurkan diri kita.
Tahu tak , bila korang dok hidap dadah ni
,otak korang lama-lama akan mengecut . Dan bila dah kecut tau tau la, otak tu
dah tak berapa nak berfungsi la . Mula
la hilang kawalan apa semua tuh .
hish mcm2 isu y xpernah nk berkurang dri dlu lg.. ape nk jadi laa kan...
ReplyDeletekan2 . :( . ma2in menjadi jadi ada la msalah ni
Delete