Sunday, 21 June 2015

RM 2.12

Hujung minggu lepas , disebabkan kitaorang dah tak ada kerja dan masa lapang banyak ( kebetulan kasut aku rabak dan perlukan kasut baru ) , kitaorang pun berangkat la ke Pekan Tapah menaiki kereta sapu , sorang RM 2.50 (murahla dari naik teksi , kena bayar RM 4 sorang) . Sampai je , kawan aku misi utama dia nak ke kedai RM 2 . RM 2 , murahkan ? Aku dok terbayang la RM 2 je harga . Niat asal nak beli kasut tolak ke tep5 , aku pergi masuk kedai yang kononnya 'RM 2' tu . Homaii ! Aku tengok price tag nya "RM2.12" . Shitota la ! Nama kat luar RM 2 . Harga kat dalam RM 2.12 . 
Since aku ni kedekut aku cuma beli pen sepekat yang berharga RM2.12 yang dulunya masa aku gi beli masa outing form 6 Rm 2 . 
K la , fine . Aku bukan kedekut tapi tak menarik sangat barang-barang dalam kedai tu , lagipun aku tak cucuk duit banyak , cukup-cukup untuk belanja beli ksut yang dah rabak tu .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
GST . 
Betulla orang kata ' yang susah makin susah , yang kaya makin kaya'
Nice job kepada uncle yang pernah datang bagi talk kat kitaorang pasal GST masa kitaorang MDS dulu ye . Saya tak dengar pun apa yang uncle sembang kencang kat depan sebab saya busy sembang dengan kawan-kawan baru saya .

Wednesday, 17 June 2015

Apa Nak Jadi Dengan Remaja sekarang ni ?

Setiap hari mesti ada saje masalah-masalah sosial yang melibatkan remaja ni. Tengok saje la di akhbar-akhbar mesti berlambak berita pasal rempit , buang anak , salah guna dadah dan macam-macam lagi la sampai tak tahu dah apa nak jadi dengan diorang ni . Dan apa yang paling mengecewakan majoritinya orang MELAYU . Apa nak jadi dengan generasi sekarang ? Saya bukannya nak kata semua remaja teruk,tak , tapi sesetengah . Alhamdulillah , Masih ada lagi remaja yang berjaya kawal diri dari terlibat dengan benda-benda tak berapa nak sihat ni.Masalah sosial ni bukannya tertumpu di bandar je , kawasan luar bandar pun turut terlibat .
Bila sebut tentang dadah . Saya pelik , tiada ke pihak berwajib nak tangkap orang –orang yang juak dadah ni sebab diorang ni berani sangat dah jual sampai jual di kawasan terbuka . Bila kita nak buat report , ada la pihak-pihak yang tak berapa nak kisah hal semasa ni cakap “biarlah ke diorang, jangan nak masuk campur”. Haishhh ! Menggalakkan lagi ke diorang jual dadah ? No wonder la kalau budak budak area ni memang ramai yang terlibat dengan dadah / ganja ni . Tu belum kira air ketum lagi . Air ketum ni sebenarnya orang dulu-dulu guna untuk tenaga buat kerja kat kebun tuh , masak  air ketum tu pun kena ada sukatan yang betul bukan boleh main bantai je . Tapi tahu-tahulah , generasi Y n Z ni kan terlebih pandai , diorang campurkan air ketum ni dengan ubat nyamuk la ,cola lah dan macam macam lagi lah . Bila dah pekena benda tu mula la khayal . Bayangkan air coca cola kat kedai tu habis ke diorang je . Masuk je kedai beli cola , masuk je kedai beli cola. Aku pun minum cola campur garam je (untuk hilangkan gas cola tu)
Lepak-lepak  kat tepi jalan tak kira waktu tu dah memang aktiviti diorang . Orang ke masjis diorang kat tepi longkang . Apa salahnya sekali sekala langkah masuk masjid . Bersinar la jugak masjis dengan aura anak muda . Ini tak , korang biarkan warga-warga masjid yang dah tahap veteran je ,kalau diorang dah takde nak ganti siapa ? Nasib baik budak-budak kecik yang bersekolah rendah ni rajin ke masjid .  Ada jugak harapan imam muda .
Merempit . Ada sorang budak kat area aku ni , dah 2 kali accident  tapi tak reti nak taubat lagi . Haishh ! Mneyampah tengok . Accident pertama , dia nyawa-nyawa ikan je dah , tulang kaki tangan patah . Ingatkan bila dah eloktu serik la nak merempit lagi . Eh takkk , dia rempit lagi , tangan dia yang patah dulu tu tersagat kat atas jalan , muka(dagu ) tersagat . Hospital lagi . Elok dah , tup-tup , accident lagi . Aku tengok dia macam rangka nak runtuh dah .
Remajaku , dimana baiknya kamu terlibat dengan penyalah gunaan dadah ni ? Merosakkan diri sendiri dengan benda terlarang ni . Tak kesian ke tengok mak bapak susah payah cari duit untuk besarkan kita semua , tapi kita senang-senang je hancurkan diri kita.

Tahu tak , bila korang dok hidap dadah ni ,otak korang lama-lama akan mengecut . Dan bila dah kecut tau tau la, otak tu dah tak berapa nak berfungsi  la . Mula la hilang kawalan apa semua tuh .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...