Tuesday 22 September 2015

Momento

Assalamualaikum dan haii :) . Harini entah kenapa tiba-tiba aku rasa rindu pulak (ewaahh!) kat UiTM Arau . Rindu tempat-tempat kat Perlis sana . So today , aku list kan la beberapa tempat kat Arau dan moment yang tiba-tiba terindu ni :P . poyo lebih !

First of all , aku rindu gila dekat Academic Heights ni . Seriously walaupun itu hanya papan ja . Kat sini la student pakat acah-acah bergambar gaya duduk oversea . tambah-tambah pulak bila musim luruh (around bulan 4 gitu la) . time tu lagi la weyh . dah la sana banyak pokok getah . memang oversea habis la terasanya .tapi yang sedihnya , aku tak sempat nak bergambar kat sana . gambar bawah ni gambar budak-budak class aku masa sem 1 . aku takda dalam gambar ni sebab aku balik raya awal .mehhh !


second , rindu Star Complex atau kitaorang panggil Star Com je . tempat ni memang khas untuk budak-budak sains je la sebab kat sini berbagai jenis makmal ada . ewahh . ingat lagi masa mula-mula kitaorang masuk kampus ni . since kitaorang , UiTM Arau ni masuk lambat seminggu sebab ada SUKMA so MDS kitaorang just 3 hari je . so memang takde la masa akak-akak n abang-abang OC (fasi) ni nak tunjuk bangunan satu satu . Haritu hari first kitaorang ada class Biology tutorial kat Star Com . yang kami ni jenuh la merayau pusing kampus (yang besar tu) cari ke Star Com sebab tak tahu kat mana kan . then kitaorang ada la tanya satu senior ni kat mana Star Com , then dia cerita detail kemain . kami angguk2 la . Tapi dia lebih memahami . Hahahaha . dia tahu yang kitaorang sekadar angguk hakikatnya kitaorang still clueless . akhirnya dia kata takpa lah , ikut je dia ke Star Com . Berkat usaha senior tu sampai la kitaorang ke Star Com . pheww ! penat dowh ,naik turun bukit bgai . tapi best :D .
acah-acah je ni macam candid sedangkan memang plan nak ambik gambar gaya macam ni

third , bangunan Al-Farabi . Kat sini ada Al-Farabi 1 , 2 ,3 .

blok yang kitaorang dok tersengih ni blok Al-Farabi 3 . bila duduk kat UiTM Tapah ni , fakulti semuanya dalam 2 bangunan so takla letih nak terkejar sana sini nak pi kelas . Tapi kat Arau nuh , hang pa tau tak amcam mana rasanya berlari dari Star Com tu ke Al-Farabi 2 . menggeletar lutut hanya Allah je yang tahu . plus mengeletar sebab lecturer yang tengah menunggu untuk class kat Al-Farabi 2 tu garang amat .
wahh ! 3310 aku termasuk dalam gambar aku tu la >_<


semester 1 , muka budak-budak lagi 

ni dekat... takde idea nak kata apa , tapi ni depan bilik kuliah dkat dnegan white house . 

miss u sir kamal . sir yang sempoi masa sem 1 . dia tak pernah marah tapi ayat-ayat perli dia . perghhh ! menyentap  ke kalbu.

Dr.Low Kim Fatt , lecturer kesayangan kitaorang yang turut ditransitkan ke Tapah . ecehh

thanks la sir sebut usaha perbetulkan mikroskop tu smeata-mata nak tunjuk kat kitaorang macam mana bacteria tu rupa . rupa-rupanya , kalau korang nak tau iklan yakult -yang bacteria gerak tergedik gedik tu , memang real la weyh ! aku ingatkan tipu . ingtkan CGi . so lactobasillus u memang gerak amcam tu , cantik sangat :)
 then , mushroom . Atau nama officialnya Anjung Siswa , tapi kitaorang tak pernah panggil nama full pun  sebut je mushrom semua orang tahu . Kat Mushroom ni la kalau ada event apa2 mesti penuh , meriah gila weyh aku cakap . serious tak tipu . dengan jualan dari tudung , baju , barang-barang lain sampai ke makanan . memang duit PTPTN / MARA / PAMA korang tu mesti akan habis ke sini punya lahh-kalau tak pandai jimat . kikiki .
takde kerja ambik gambar pin je . tapi korang percaya tak pin tudung tu 3 singgit weyh . memang rambang mata tengok .

lagi , ladang rusa . ni budak-budak ladang punya . kitaorang yang bukan budak ladang ni just tengok je la rusa bila kitaorang keluar joging sampai ke ladang ni .


sebelah HEP , bumbung biru yang nampak tu makmal plastic untuk budak polimer . bau plastic baii

 seterusnya Tasik Ilham yang tak bagi satu ilham pun untuk aku . tasik ni ada ikan  aku rasa macam nak tangkap je ikan tu buat ikan bakar cicah air asam . ahahaha . port untuk rehat bila letih joging , tapi bagi kitaorang , joging seround , selfie 30 gambar dah >_<




Ni pulak Dewan Seri Semarak , if ada event official diorang buat kat sini la . gambar bawah ni aku ambik masa sesi berjumpa dengan rektor untuk sembang (eh sembang ?) pasal student transit whether nak pilih Arau or Tapah . susah tau tak nak buat pilihan , sedih titeww.





Perpustakan . ok takde kena mengena ambik gambar payung kt depan entrance. 


Al-Farabi 2 . rindu sangat2 .
 dari Al Farabi 2 , tingkat atas sekali la , kita boleh nampak pekan Arau . sawah padi , gunung ganang . seriously weyh . tenang sangat bila tengok semua benda ni , tambah tambah lagi dengan angin sepoi-sepoi language . Rasa nak nangis bila terbayang ketenangan kat sana . eh !






Ais Krim Kafe Dahlia . Favourite , . oblong dengan roti arab dia mesti serious sedap ! harga pun tak mahal .


yeayyy ! Padang Kawad . bila petang jumaat je , kami pun berlari lari la kesana sebab ada kokurikulum .



Stadium . masa ni event sambut merdeka rasa nya . havoc dowh . plus dengan budak-budak spotrec yang memang havoc tu .

 Dewan Lama or budak ladang panggil kandang kuda . hmm... memang macam kandang kuda pun , dewan lama kan . kayu . masa ni kitaoarang tengah prepare untuk Test 3 Biology .



Feveret feveret !! Kedai makan depan Matrikulasi Perlis . tak sampai 10 minit dari gate belakang UiTM . Murah pun murah , mee sizling dia jangan cakap la , memang sedap .

Pusat Islam

dari depan PI 



Dalam PI

Tempat wuduk . sebelah tu toilet . eh ! tu pun nak cerita jugak eh ?
hahaha




Ha , kayy . Aku rasa sampai sini je kot list aku yang entah pape ni  . bye . 
*rasa nak beli tiket tren ke Arau . eh tetiba .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...