Tuesday 21 April 2015

Serious penat !

Hari ni serious penat . Bukan nak kata setakat hari je tau , ni weekend yang penat tapi seronok . Kenapa ? Sebab , hari Khamis , pergi Taiping , pergi pagi balik petang . Singgah jap Kuala Sepetang tengok ayaq plus makan Mee Udang . Wiii... ni yang seronoknya . Hahahaha . 
Okay , hari berikutnya , iaitu Jumaat lah , ...okay yang ni tak jalan ke mana sangat . Takat Kuala Kangsar je , je ? Selalu pergi sampai tahap bosan dah . Apa-apapun , kita pergi sana sebab nak register lesen . Senang cerita. ambik lesen . isk isk , orang lain semua dah berlesen termasuk adik , kita je takde lagi . Hari Sabtu tu pulak , ayah tekan minyak kereta dia ke Ipoh . Dalam ontheway ke Ipoh tu singgah Sungai Siput . Ayah singgah solat jap di Msjid Muhamadiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina . Memang masjid tu kalau sekali pandang macam kat China lah . Serious cantik . Senibina unik. Kemudahan pun lengkap . Dan masjid ni terletak di perumahan yang kejirannya Cina la . Lepas tu straight to Ipoh  . Jeng jeng , tak sangka terjumpa pulak Cikgu Sahak kat restoran sebelah stadium tu . Katanya hantar budak main hoki . :) . Cikgu Sahak ni PK HEM di sekolah aku tapi dah pindah ke sekolah lain. Selesainya isi perut , pergi ronda-ronda sikit then balik . Hari Ahadnya pulak , pergi kelas memandu . Dah la takde gengn dalam kelas tu , memang macam kera sumbang habis la :D . Apa apa pun . Yang penting dapat jenjalan  . 

3 comments:

  1. Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 88
    Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
    boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

    Official Blog :
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    Catlover Blog :
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...